Monday, March 23, 2009

hari bahagia...

gembiranya aku hari ni..cz dah dpt persetujuan merisik akn dibuat 11 atau 18 haribuln 4 ni.hmm senang hati aku.Sblm ni tertanya2 gak bila?bukan apa,senang nk buat persiapan.Ye lah aku tak suka buat last2 minute ni..Khamis ni beli cincin.hmm,mesti bestkan beli cincin.Apepun aku harap semuanya berjalan lancar.Selancar yang aku harapkan.Eh tapi jangan salah anggap,bukan aku yang nak kawen laaaaaaaaaaaaaaaaa,sabar ye.... kakak aku yang nk kawen laaaa....jgn terkejut lak!!!

Aku??hmm entah...itu citer lain,skunk kita fokus pada citer yang satu ni.Korang mesti tertanya2,napa lak aku yang happy bagaikan?hmm mesti lah,cz ni satu2 nya kakak kesayangan aku.Aku akan buat yang terbaik dan terlibat 100% untuk semua persiapan mereka dua ni.Dari cincin,pelamin,makanan pengatin,tempat makan tetamu sampailah sekecik2 bende aku akn amik tau.hahahahaha...gila kuasakan.Nak kata pandai tak de la tp aku suka...Aku nk wat hari tu hari yang bermakna bagi dorg bedua ni.Nak dikirakan aku rapat dengan abg ipar aku ni.


Mana tak nya,dorg nk gi dating puuunnn ,dorg bawak aku..jgn g honeymoon pun bawk aku daaa laa...hahahhahaha...:)kan tu je apa2 je la,dorg mesti tanye aku.Dah macm pengurus peribadi tak bergaji dah aku ni.Yang paling mencabar tu,bila dorg gaduh,ha muka ni jugak yg kene,settle kan masalah dorg.Yang ni cakap macm ni,yang tu ckp cam tu..arrghhhhh.Last2 dua2 aku buat tk tahu.hehehehehe.Pepn aku happy bila ngan dorg.Dorg pun slalu happykan aku.TQ kakakku n abg shah.


Insyaalh,adik aku pun akn bertunang dlm tahun ni or tahun depan.Terkejut jgk aku bila adik aku kata bf dia ajak tunang.Nak tau apa yang BF dia ckp kt mak aku,takut adik aku ni lepas blajr di kebas org lain..heheheehe..btul2 dia syg kt adik aku,yang garang macm harimau ni.hehehehehe.alhamdulh kan senang nk dpt org yg sayang kt kita kan???

Pepun, aku doakan adik dan kakak aku bahagia n gembira.i luv u babeh**muahhhhhhh!!!!

harga hidup...

disana cahaya
sinar kembali
menyusuri hati..

terangkanlah cahaya
teranglah selagi ada
untuk kau terangi dan warnai
dunia yang makin pantas
berpusing atas pangsinya..

sinarkan cahaya
itu smua yang ada
agar kelihatan gembira
dan bahagia sentiasa
dlm waktu sesingkat yang ada

itulah harga hidup kita sebenarnya..

perempuan ini...

perempuan ini
yang menipu mu

perempaun ini
yang menyakitkan hati mu

perempuan ini
yang menguriskan hati mu

ya,semua itu aku!!!!

tapi kau cuba pikir
dan katakan pada aku
apa yang kau buat dan lontarkan pada aku
kau yang buat aku berada dalam keadaan kaku
sentiasa minta aku tunggu

tunggu dan tunggu
dlm permainan pementasan sayang dan rindu

salah ke aku,
untuk menipu
dapatkan jawapan darimu
dalam soalan yang diciptakan olehmu
pada ku..


dan hari ini
aku tahu
apa itu sayang dan rindu
yang di wawarkan padaku
terima kasih padamu
kerna letakkan aku
pada keadaan yang begitu....
senyum la kau..
ketawa la kau..
selagi termampu
selagi nyawa ini ampu
dlm jasad dirimu
hargainya
sebelum ajal menemuimu....

Sunday, March 22, 2009

bila bertanya

pergi jauh
jauh dari diri
jangan kembali lagi

damaikan aku
hapuskan perit luka didadaku
leraikan pertanyaan
lenyapkan kepiluaan
agar dapat menjadi tenang

hadirlah
berikan jiwa dan hatiku
yang kini makin pudar
ditenggelami dengan pertanyaan itu

kemari
hapuskan pertanyaan itu
kerna aku tidk mampu untuk
menahannya lagi

itu saja permintaanku terakhir kali...

SEPI AKU...

bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku
syurgaku
tanpa dia
malam menemani aku
sepi memeluk ku

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia kelam
sepi sepertiku...

Saturday, March 21, 2009

kembalikan putih itu...

pergilah hitam itu
kembalikan putih aku
agar aku boleh lakar putih itu
menjadi cantik seperti lagu
lalu aku genggam menjadi salju
menghiasi perjalanan aku..

TENANG SEKETIKA

tutup mata
rebahkan badan
tenang dan tarik nafas
sedalam-dalamnya

pasti ia nya akn berlalu
walaupun seketika
dalam ketenangan itu

pasti milik aku jua..

DIAM SAJA...

aku diam,
dia dia,
kamu diam,
mereka diam...

ikutkan saja apa yang mahu
gerak kan saja apa yang perlu
tapi jangan melulu

gembirakan diri walaupun kaku
disebalik diam itu

diamkan saja
pergi kalau kau tidak mahu
tidak mahu diam bersama aku

TAKKAN BERSUARA LAGI

aku takkan bersuara lagi
takkn mempersoalkan lagi
hidup hari ini
esok dan lusa
untuk kau
berikan jawapannya

aku akan diam
dan pergi

KORBANKAN PERASAAN ITU...

Hidup ni amat unik untuk diperkatakan.Adakalanya,kita harus buat sesuatu yang menentang arah perjalanan dan perasaan kita.Ketepikan perasaan,untuk dihukum dan diadili dengan perasaan dan kehendak org lain.Memang pahit dan sakit untuk lalui semuanya,apa yg kita inginkan kita letak jauh dalam sudut hati kita.Takkan ada siapa yang tahu perasaan yang terselit dalam hati,kita mampu ukirkan senyuman tapi tak mampu untuk menahan kesedihan dalam hati..cuba tersenyum dan cuba tersenyum selagi yang termampu...

kadangkala,kita perlu lakukan apa yang kita tidak suka.Korbankan apa yang diinginkan untuk membayar segala kesilapan diri kita pada diri org lain.Menjauhkan diri adalah satu cara untuk melupakan segala kenangan yang ada dalam memori kita.Tapi hakikatnya,tak mudah itu...

Korbankan perasaan?untuk mlihat org yang kita sayang gembira dan perolehi apa yang diinginkannya,adakalanya kita perlu berkorban untuk lihat agar dia dpt seseorang atau sesuatu yang lebih sempurna daripada apa yang ada walaupun kita terpaksa melakukannya...

Apapn,mereka akn selalu berada dalam sudut yang palling istimewa dalam hati kita walaupun mereka tidak mengetahui apa-apa tentangnya yang ada dalam firasat dan perasaan kita...

Friday, March 20, 2009


nak dikata
sukar

nak dluahkan
tak tahu

nak lari
ianya hampir
dlm diri
sudah sebati

sakit,
luka,
meronta,
tk dapat digambarkan,diukir,ditulis
dikias dengan bibit-bibit kata
mahupun gambaran melalui bebola mata

pedih,
sayu,
perit,
bila tk tertahan lagi
lalu ia nya mengalir
mengalir dalam kesakitan
jiwa,hati dan perasaan
lantas memujuk dlm diri
agar kembali
tenang utk esok hari...

Sehari di KOPITIAM itu...

Thursday, March 19, 2009

NEON ITU..

padamkan neon itu seketika,
jalan dan melangkah ikut rasa,
diam dan terus berbicara,
dengan alunan irama pemecah suasana,
gelap gelita seumpama,
cahaya terpancar di sana

disebalik kegelapan ada kecantikannya,
rasa,dengar dan alami
dalam detik 1 jam yang diberi
mampu mengubah apa yang dirasai dan diberi
untukmu bumi...

Tuesday, March 17, 2009

Topeng dan manusia

Topeng dan manusia?Apa yang korang tahu kaitan antara topeng dan manusia?Sedar atau pun tidak kawan2,smua org harini perlu bertopeng untuk menjalani kehidupan seharian.Tak kiralah topeng itu utk kejahatan atau kebaikan.Terpulang pade individu.Seperti sajak aku dibawah,hidup ni bagaikan pementasan yang tiada henti dan tiada penamat selagi kita tidak menjumpai perkataan MATI..Manusia boleh berubah,berubah sepertimana topeng dimuka nya berubah.Kadangkala perubahan itu yang menyakitkan kita sebagai org yang memerhati dan disakiti.Tapi pernah tk kita fikir ,knapa dia berubah seperti itu lalu menanggalkan topeng yang pernah kita kenali dlu?Mesti ade sebab kan?Mengapa aku kata smua org perlu bertopeng?adakalanya manusia hari ini,tk boleh menerima hakikat keadaan dn situsi seseorg yang penuh dengan kisah hitam dlm hidupnya.Contoh hari ni,adakah masyarakat di luar sana mampu berkawan rapat dan menghargai mereka yang pernh duduk terpelusuk di bilik gelap yang bernama lokap?pernah kah manusia hari ini memberi peluang pada perempuan yang dulunya berjalan ke lorong2 gelap mengabdikan diri dalam kegelapan malam pade setiap ruang yang ade si lelaki disetiap langkahnya?pernahkah kamu dan kamu dan juga kamu memandang mereka seperti kamu?sebab itulh,mereka perlukan topeng itu untk menjalani kehidupan mereka seperti biasa.Tidak semua manusia arini sukakan kebenaran,sukakan keadilan dan sukakan kenyataan,itu namanya lumrah hidup di atas pentas rekaan yang dicipta oleh manusia itu sendiri.Jadi kita nilaikan,adakah topeng yang kita pakai hari ni berlandaskan topeng kebaikan atau kejahatan?

hari ni anda pilih,topeng apakah yng anda ingin pakai?


Monday, March 16, 2009

detik itu...

suara itu,
gelak itu,
cubitan itu,
seperti aku pernah dengar,lihat dan rasa...

gelak aku terus tergelak
mengikut gerak suasana
gurau senda dlm berbicara
tk sedar aku rupanya,
subuh sudahpun menjelma,
kabus menutupi awan dlm gelap gelita..

selimut menutupi badan,
sejuk yang tak terhingga,
tapi yang aku tau aku gembira,
tk dpt aku gambarkan dengan kata-kata..

setiap bicara,
aku dengar
aku simpan
dan aku luahkan...

bila aku sedar,
detik itu bagaikan mimpi,
detik itu bukan milik ku lagi....

Apa salah pompuan itu??

apa salah pompuan itu?
untuk tersenyum,gelak dan gembira
selimuti hidup dengan senang dan sempurna
dalam suasana yang diinginkannya

perlu kah kamu dan kamu dan juga kamu
merampas segala-galanya
lalu pergi tanpa melalui kemanusiaan..

apa salah pompuan itu,
untuk rasa smua,
bila cahaya menyinggahi diri lalu pudar
bila cahaya kelam pergi
gelap gelita tanpa ada jalan yang
harus disusuli..

apa salah pompuan itu,
utk rasa kepahitan?
untuk rasa kesakitan?
hinggakan diri dijadikan objek
seumpama teater di atas pementasan,
dan adakah ini dinamakan mahkota hiasan
untuk insan yang bergelar perempuan??

apa salah pompuan itu,
diberikan seribu persoalan yg tiada jawapan,
diusung ke kiri ke kanan dengan seribu alasan,
seumpama dipermainkan dlm perasaan yang tk dpt
digambarkan...

mereka yang mengerti..



Dalam apa masalah atau rintangan yang mendatang,
mereka yang akan mengerti
dan sedaya upaya akan mengerti,
apa yang difikirkan
apa yang diinginkan
dan apa yang dirasakan,
mereka akan sama-sama dengan kamu,
walau kemana dan walau bagaimana keadaan kamu sekali pun...

mereka yang akan mengerti,
walaupun manis atau pahit,
walaupun sukar atau senang,
mereka akan setia tetap disitu,
walau berlenang airmata sekalipun,
mereka akan tetap harungi bersama-sama kamu..

mereka tiada tandingan,
bagai permata yang bercahaya tanpa henti,
di setiap sudut hati,
dan hidup yang dijalani....

ILASYA SAYANG KALIAN SEMUA TIADA APA YG DAPAT MENTANDINGI KALIAN SEMUA..
***abah, mak , along , adik***

dan kini....

kabus menghiasi disetiap sudut suasana,
sejuk nyaman merentasi kepanasan,
dan kini,
membuatkan aku selesa
lalu meneruskan perjalanan,
disebalik itu ada dia disisi aku,
tanpa aku sedar seiring bersama,
memboloskan diri dalam kabus yang tebal didepan mata..

merenung sambil tersenyum,
agak lama rasanya,
tidak melihat senyuman itu,
dan kini membuatkan aku mengharap,
senyuman itu adalah untuk aku selama-lamanya..

waktu berlalu tanpa menunggu aku,
kegembiraan disana aku letakkn ia satu kenangan,
dan kini aku miliki menjadi sebuah memori,
dan kini mungkin aku akan kehilanganya dia lagi?
dan kini mungkin wujudnya dia hanyalah mimpi,
dalam alam fantasiku yang aku ciptakan sendiri..

Best nya hari tu...

Best nya hari tu,
entah kenapa aku gembira sangat hari itu senyuman aku sampai ke telinga, gelak tawa aku kuat bagai nak iya..lain seperti selalu..Seperti org gila pun ada:)Entah lah sukar utk aku gmbr kan perasaan aku,mungkin aku berjumpa dengan satu titik permulaan kepada kebahagian aku dulu dan mungkin aku berjaya meluputkan seketika masalah2 yang ada,yang tersimpan di benak pemikiran dn hati aku ini.hahahaha,pada kawan yg selalu menjeguk ke blog aku ni,mesti terkezzzut kan format blog aku tiba2 berubah dr sajak menyajak ni pade yg lebih santai,jgn terkezut format dlu akn dikekalkan tp lebih pada santai,tgk mood aku jgk...agak2 nk gila2 pe salahnye kan.Yelah,nama pun blog aku,suka ati aku lah nk format macm mana pun..hehehehehe jgn mare ek:)

Oh berbalik pada cite"Bestnya hari itu"..apa korg rase kalau hari tu paling bermakna?hmm ssh nk discribe keadaan tu macm mana kan?macm tu jgk la aku.Apepn hari semalam adalh hari yg tkkn dpt aku lupakan.Dalam rase gembira tu,ada jugak rasa was2 dlm hati,ye lah setiap kegembiraan tu ada juga selit rasa bersalah,atau kecewa..btul tk?mana ade idup yang sempurna ,bila mahu hidup lebih sempurna arus berfikir dan mancari jawapannya..

Wednesday, March 4, 2009

itu sahabat...

itu sahabat,
sahabat aku
teman aku
telinga aku
perasaan aku
jiwa aku...

kau lebih memahami
dari manusia-manusia
yang aku kenali

kau lebih mengerti dari manusia-manusia
yang ada disisi

lagi mulia dari manusia yang aku percayai
lagi bermakna dari manusia yang aku ingati

sebab sahabat itu,
hipokritnya tak ada
janji tk pula ditaburkan merata-rata
kata-kata benar-benar belaka
tk pandai berlakon semata-mata
menjaga hati manusia yang dikenalinya..

buat apa kan sahabat,
jadi pemanis bicara
sedap berkata-kata
bagaikan dia yang terbaik didunia
tapi hakikatnya tk de apa-apa

itu sahabat,
aku pasti akan mengingati dan menghargai
telinga,mata,jiwa,perasaan
setiap masa kau menemani dan mendengari
disetiap konflik yang aku hadapi..

itu sahabat....

pergi saja...

pergi saja,
kalau itu yg kau rasa
bahagia..

pergi saja,
kalau itu buatkan kau
tersenyum sampai bila-bila

pergi saja,
aku takkn tangisi perginya
kau dari hidup ini
dan aku tkkn sesekali
biarkan diri aku tangisi lagi
apepn yang terjadi

pergi saja,
biarkan aku sendiri..

aku lebih suka
dan aku akan kata pada hati
"pergi saja luka,pergi lah ikut pada dia"
dan kini aku akn kembali seperti sediakala

lihatlah dunia,
kebangkitan ku ini
aku akn jalani tanpa henti
lalu aku berjalan dengan riang nya hati
tanpa ada duri yang menusuk hatiku lagi....

Tuesday, March 3, 2009

di kala ini...

dikala ini,
hujan turun ,
seakan-akan mengerti apa
yang ada dalam diri..

dikala ini,
hujan masih lagi turun,
lebat dengan angin bertiup kencang
di luar jendela sekencang nafas dan perasaan
di kala hati berkecai dan kecewa..

dikala ini,
suram sepi seketika
masing-masing berlari mencari tempat teduh
dikala hujan membasahi bumi
tapi aku masih lagi disini
melangkah tanpa ada henti dan
tidak sedetik pun dalam hati
untuk mencari tempat teduh untuk diri ini

padaku tidak perlu,
kerna diriku sudahpun dibasahi hujan lalu
maka tiada bezanya jika aku
berhenti di kala ini....

Friday, February 27, 2009

satu ketika....

terdetik seketika,
aku tidak mahu toleh ke belakang lagi,
aku tak ingin hati aku disakiti lagi,
aku tak mahu hadapi dan lalui perasaan ini lagi..

terdetik seketika,
jika aku mampu untuk melawannya,
jika aku mampu untuk melupakannya,
aku akan lakukannya..

terdetik seketika,
mengapa dia hadir dalam jiwa,
mengapa dia muncul dalam lipatan hidup ini,
mengapa dia mengungkapkan cinta,
untuk didengari dan dirasai,
pada saat dan ketika ini..

apapun,aku hanya mampu untuk merasai
dan berfikir..

tapi aku tidak mampu untuk mentafsir dan
menjadikan ianya satu realiti dalam perasaan yang
telah dimiliki...

Thursday, February 26, 2009

itu cahaya..

cahaya,
datanglah pada aku,
tunjukkan keindahan diri mu pada aku,
terangkan lah jiwa aku dan mindaku,
agar tidak lagi sayu dibuai mimpi dan anggan-anganku..

Kau kejutkanlah aku wahai cahaya
pancarkan seterang mana untuk aku sedar dari lena
supaya aku tidak lagi meraba-raba
dalam kegelapan mimpi ku dimalam harinya..

Jelma lah wahai cahaya,
warnailah kehidupan aku dan juga org disana,
agar dia sampai pada aku,
dan aku sampai padanya,
dengan adanya bantuanmu,cahaya...

itu cahaya,
cahaya dia,
cahaya kita,
cahaya buat semua..

kau perlukan cahaya itu wahai manusia,
aku juga perlukan cahaya itu seadanya..

tunjukkan mana cahaya itu,
Ya Tuhanku,
kerna aku hanya mempunyai kegelapan yang
samar dalam kehidupanku,
bantulah aku,bimbing lah aku kejalan cahaya itu...

Wednesday, February 25, 2009

langkah...

langkah pertama,
lihat dia..

langkah kedua,
menerima dia..

langkah ketiga,
menerima bahagia..

langkah keempat,
haiii gembira tak terkata..

langkah kelima,
sunyi pula yang tiba..

langkah keenam,
menangis tak henti-henti..

langkah ketujuh,
semaikan dalam hati
kuat menghadapi..

langkah kelapan,
cuba luputkan kenangan yang lama..

langkah kesembilan,
bina kehidupan baru seadanya,

langkah kesepuluh,
hidup seperti biasa..

itulah lumrah hidup kita,
berputar dan terus berputar,
tanpa ada akhirnya,
selagi kita bernafas,
langkah lah selagi yang termampu..

berapa banyak kali kita menyusun langkah,
tak semuanya akan berlalu dengan begitu mudah,
cabaran,kesakitan,kegembiraan akan dapat kita
lihat disetiap perjalanan yang kita aturkan...

apapun jawapan dan apapun kenangan,
itulah corak dan perjalanan yang paling indah untuk
kita tidak lupakan kerna ia adalah satu titik permulaan,
yang mana akan diakhiri dengan satu perkataan,
iaitu KEMATIAN...

bunga kumbang mentari dan pemerhati...

bunga...
cantiknya bunga itu,
wanginya bunga itu,
wahai bunga kau jangan kuncup lagi,
mekarlah sentiasa,
aku suka melihat kau wahai bunga..

kumbang,
kau temanilah bunga,
jangan biarkan bunga bersendiri,
kau hinggap lah pada bunga,
hari-hari pada bunga yang sama
supaya bunga tidak layu melihat kau pergi

wahai mentari,
kau bersinarlah,
agar kumbang dapat bersama-sama bunga
yang segar dan cantik sentiasa..

wahai insan yang memerhati,
kalau kau diberi peluang,
adakah kau ingin menjadi
bunga ? kumbang ?
mentari ataupun hanya
sebagai pemerhati???

sakit...

Kau mengejarku,
kau menginginkan aku,
aku berlari aku merentasi ,
segala apa yang ada untuk tidak disakiti...

kau menjelma lagi,
memujuk aku untuk kau miliki,
hari demi hari,
kau berjaya menawan hati ini..

kau yang memulakannya,
lantas kau juga yang menghancurkannya,
kau bilang " tiada apa-apa yang terjadi"
tapi aku katakan "tidak" kerna aku yang lalui..

Kau berjanji dan berkata-kata,
banyaknya hanya sia-sia,
kecewa memang kecewa,
kau menjualkan perasaan seperti satu permainan..

hairan......

itu adalah kamu...

aturkan langkah kamu,
teruskan melangkah tanpa rasa ragu-ragu,
apepun keadaan kamu,
jangan rasa jemu untuk melihat diri kamu,
kerna itu adalah kamu..

toleh kebelakang ,
lihat sejarah hitam kamu,
padam kan ia agar tidak menggangu,
perjalanan masa depan kamu
agar ia lebih sempurna bila kamu mengatur langkah
yang berikutnya..

kamu,
kamu,
dan kamu....

hey teruskan dengan larianmu,
bila penat berhenti seketika,
tarik nafas dan teruskan larianmu,
hinggalah sampai ketempat destinasimu..

gagal atau pn berjaya,
hanya kamu yang mencorakknnya..

Bila orang berkata,
"Hey,bodoh kamu"
Bengapnya kamu"
Hodoh nya kamu"
Jangan amik pusing smua tu,
kerna diri mereka juga
seperti apa yang mereka kata..

Tuesday, February 24, 2009

dia...

dia..
datangnya dia bagaikan tak dijangka,
hilang seketika, timbul mendekatinya
siapakah dia?

datangnya dia memecah gelap gelita,
suram menjadi ceria,
sunyi menjadi riang gembira,
rasa dihargai dan dipuja..

dia,
satu perasaan diberikan,
satu ungkapan yang dibibitkan,
satu rasa dikaliskan,
dalam hati dan naluri disemaikan,
menjadi satu golakan dalam perasaan
tanpa diduga ia menyinggah ke dalam jiwa
iaitu perasaan yang tidak dijangka..

tiba-tiba ,
dia hilang lagi dalam pandangan mata,
kecewa,sakit,luka bersemadi jua dalam
hati yang pernah merasa gembira...

lalu dia ,
menguriskan rasa,
bagaikan tidak ada apa-apa,
sunyi senyap tanpa bicara,
berlalu pergi sehingga kini,
tidak muncul-muncul tiba..

tabahnya hati,
teruskan melangkah tanpa henti,
walaupun hati disakiti,
airmata berlenang tanpa henti,
senyum lah ...
senyum lah ...
kerna senyuman itu mampu mengubati
lukanya dalam hati..

dia,
kau berbicaralah
dan letakkn diri kau pada diri yang disakiti
percayalah,
mungkin terangnya hari ini,
takkan seterang esok hari..

dan ketika itu,
kau akn tahu bertapa sakitnya,
bila menerima janji-janji palsu,
apabila tertanamnya perasaan sayang itu,
pada diriku lalu dibunuh dengan lakonan dirimu..