Monday, March 16, 2009

detik itu...

suara itu,
gelak itu,
cubitan itu,
seperti aku pernah dengar,lihat dan rasa...

gelak aku terus tergelak
mengikut gerak suasana
gurau senda dlm berbicara
tk sedar aku rupanya,
subuh sudahpun menjelma,
kabus menutupi awan dlm gelap gelita..

selimut menutupi badan,
sejuk yang tak terhingga,
tapi yang aku tau aku gembira,
tk dpt aku gambarkan dengan kata-kata..

setiap bicara,
aku dengar
aku simpan
dan aku luahkan...

bila aku sedar,
detik itu bagaikan mimpi,
detik itu bukan milik ku lagi....

Apa salah pompuan itu??

apa salah pompuan itu?
untuk tersenyum,gelak dan gembira
selimuti hidup dengan senang dan sempurna
dalam suasana yang diinginkannya

perlu kah kamu dan kamu dan juga kamu
merampas segala-galanya
lalu pergi tanpa melalui kemanusiaan..

apa salah pompuan itu,
untuk rasa smua,
bila cahaya menyinggahi diri lalu pudar
bila cahaya kelam pergi
gelap gelita tanpa ada jalan yang
harus disusuli..

apa salah pompuan itu,
utk rasa kepahitan?
untuk rasa kesakitan?
hinggakan diri dijadikan objek
seumpama teater di atas pementasan,
dan adakah ini dinamakan mahkota hiasan
untuk insan yang bergelar perempuan??

apa salah pompuan itu,
diberikan seribu persoalan yg tiada jawapan,
diusung ke kiri ke kanan dengan seribu alasan,
seumpama dipermainkan dlm perasaan yang tk dpt
digambarkan...

mereka yang mengerti..



Dalam apa masalah atau rintangan yang mendatang,
mereka yang akan mengerti
dan sedaya upaya akan mengerti,
apa yang difikirkan
apa yang diinginkan
dan apa yang dirasakan,
mereka akan sama-sama dengan kamu,
walau kemana dan walau bagaimana keadaan kamu sekali pun...

mereka yang akan mengerti,
walaupun manis atau pahit,
walaupun sukar atau senang,
mereka akan setia tetap disitu,
walau berlenang airmata sekalipun,
mereka akan tetap harungi bersama-sama kamu..

mereka tiada tandingan,
bagai permata yang bercahaya tanpa henti,
di setiap sudut hati,
dan hidup yang dijalani....

ILASYA SAYANG KALIAN SEMUA TIADA APA YG DAPAT MENTANDINGI KALIAN SEMUA..
***abah, mak , along , adik***

dan kini....

kabus menghiasi disetiap sudut suasana,
sejuk nyaman merentasi kepanasan,
dan kini,
membuatkan aku selesa
lalu meneruskan perjalanan,
disebalik itu ada dia disisi aku,
tanpa aku sedar seiring bersama,
memboloskan diri dalam kabus yang tebal didepan mata..

merenung sambil tersenyum,
agak lama rasanya,
tidak melihat senyuman itu,
dan kini membuatkan aku mengharap,
senyuman itu adalah untuk aku selama-lamanya..

waktu berlalu tanpa menunggu aku,
kegembiraan disana aku letakkn ia satu kenangan,
dan kini aku miliki menjadi sebuah memori,
dan kini mungkin aku akan kehilanganya dia lagi?
dan kini mungkin wujudnya dia hanyalah mimpi,
dalam alam fantasiku yang aku ciptakan sendiri..

Best nya hari tu...

Best nya hari tu,
entah kenapa aku gembira sangat hari itu senyuman aku sampai ke telinga, gelak tawa aku kuat bagai nak iya..lain seperti selalu..Seperti org gila pun ada:)Entah lah sukar utk aku gmbr kan perasaan aku,mungkin aku berjumpa dengan satu titik permulaan kepada kebahagian aku dulu dan mungkin aku berjaya meluputkan seketika masalah2 yang ada,yang tersimpan di benak pemikiran dn hati aku ini.hahahaha,pada kawan yg selalu menjeguk ke blog aku ni,mesti terkezzzut kan format blog aku tiba2 berubah dr sajak menyajak ni pade yg lebih santai,jgn terkezut format dlu akn dikekalkan tp lebih pada santai,tgk mood aku jgk...agak2 nk gila2 pe salahnye kan.Yelah,nama pun blog aku,suka ati aku lah nk format macm mana pun..hehehehehe jgn mare ek:)

Oh berbalik pada cite"Bestnya hari itu"..apa korg rase kalau hari tu paling bermakna?hmm ssh nk discribe keadaan tu macm mana kan?macm tu jgk la aku.Apepn hari semalam adalh hari yg tkkn dpt aku lupakan.Dalam rase gembira tu,ada jugak rasa was2 dlm hati,ye lah setiap kegembiraan tu ada juga selit rasa bersalah,atau kecewa..btul tk?mana ade idup yang sempurna ,bila mahu hidup lebih sempurna arus berfikir dan mancari jawapannya..