Monday, September 27, 2010

memori yang terindah..akan sentiasa indah
dan akan menemani setiap masa dalam perjalanan hidup kita...

walau ianya hanya tinggal memori tapi ia masih kekal milik dihati
tak ada yang lagi kuat untuk melawan memori kerana ianya akan sentiasa bersama kita walau dimana kita inginkannya dan mampu membuatkan kita tersenyum dikala kita berduka..

ia akan sentiasa subur dalam ingatan menjadi milik kita selama-lamanya...:)

Saturday, September 25, 2010

Baju melayu biru itu...

baju melayu biru itu..
sesuai untuk mu...
sesuai untuk mu...
selamat hari raya dr ku untuk mu...
aku tahu dia bahagia,
aku tahu dia gmbira,
aku tahu dia dah miliki kehidupan yg lebih sempurna,
dah aku tahu dia sedang mengukir senyuman yg tak terhingga,
bersama si dia...

bahagianya dia,adalah kebahagian aku juga..
aku rela,aku rela kalau kesedihan ini adalah tiket kebahagian dirinya..
aku sanggup korbankan dan aku sanggup telan,
segala-galanya...
menyayangi tak semestinya memiliki,
mencintai tak semestinya dicintai..

sayang ini sentiasa dalam hati,
walau diri tak lagi dicintai,
cintanya diri ini takkan pupus dalam jiwa ini,
kerna nama itu tak pernah lekang dalam hati ini..-k.........-
salahkah aku melihat kau bahagia?
salahkah aku mengundur diri utk org yg aku sayangi??
salahkah tindakan aku membenarkan kau pergi?
salah kah aku ketepikan sayang ni utk kau pelajari
menghargai apa yg ada disekeliling mu??

salahkah aku??

Sunday, June 20, 2010

aku pernah melukai hatinya,
aku pernah meninggalkan diri nya,
atas sebab apa aku tinggalkan dirinya,
aku ingin melihat diri nya berubah,
berubah....

harini,
aku lihat dr ekor mataku,
lihat wajah orang yang paling aku rindu,
yang pernah bertakhta dalam diriku dulu
dan hingga kini
nama nya tak pernah terkubur
dalam hati ini

aku ingin dekatinya,
aku ingin berbicara dengan nya,
aku ingin pegang erat jari jemarinya
tapi itu semua
hanya dalam angan-angan dan mimpiku
untuk aku memilikinya semula..

apa yg mampu aku lakukan
untuk meredakan segala kepiluaan
hanya lah airmata manjadi teman
menemani setiap kesedihan
yang aku rasakan
bila aku rindu
ku imbas kembali disetiap kenangan
yang menjadi peneman
acapkali aku keseorangan.....

hanya kenagan itu membuatkan aku tersenyum,
membuatkan aku bahagia,
membuatkan aku ketawa,
membuatkan aku rasa dekat padanya
walaupun hakikatnya dia makin jauh dari pandangan mata,
pergi bersama dirinya....

jangan kau rampas kenangan ini,'kerana kenangan ini sahja yg ada bersama ku untuk menemani hidupku ini...
robeknya hatiku,
hancurya jiwa ku,
kau bawa pergi bersama-sama
gelaktawaku..

kau kata pada aku
kau takkan tinggalkan aku
kau katakan padaku
kau akn selalu bersama aku
kau katakan padaku
aku lah bidadarimu

tapi
sampai satu saat
kau berlalu membawa janji-janjimu
dan kini aku mencari janji itu
agr kembali pada aku....
kembalikan saat itu
kembali kan gelak tawaku dulu
kembalikan saat bahagiaku
kemballikan keindhaan waktu dulu

agar aku
tak lai rasa kaku
melihat alam yang kini suram
dibelenggu
kisah-kisah silamku..

aku ingin kembali
aku ingin kembali
seperti dulu

Sunday, April 18, 2010

saat kau pergi...

kau hilang seketika,
lalu kau kembali..
dalam keadaan yg berbeza..

aku cuba terima,
aku cuma mengiyakan
apa yg kau kata,apa yg kau bicara
kau lantang bersuara berkata kau bahagia
dengan si dia..aku ukir senyuman,hatiku mennagis '
tak henti2 sewaktu senyuman itu diukirkan
aku tahu,
aku berbohong ,
aku menipu,
aku hipokrit dengan hidup aku

Thursday, March 18, 2010

sakit,pilu,resah..
tatkala menjelmanya
diri dan pertanyaan ketika ini..

apa kau rasa,
tak rasa apa-apa..
bgaikan tidak ada apa-apa
yg berlaku pada saat 2 minggu
yg berlalu...

aku malas,malas utk pikirkan..
gelaran kau utk putusan,
aku ikut saja rentak yg dimainkan
kerana aku kini kian malas utk pikirkan
lagi pada benda-benda yg menyakitkan hati..




18/3/10 11.30pm

Tuesday, March 16, 2010

dunia,oh dunia
aku merintih sedih oh dunia..
Hujan,oh hujan,
aku berduka,tika senja kmenyapa

adakah aku yang bersalah
adakah aku harus mengalah
dlm keadaan yg menjelma
aku seringkali merela..

Adilkah semua ini
adilkah situasi ini
aku meronta sehingga kini
mencari 1 jawapan yg tak pasti

jgn kau salahkan aku
jika aku memilih yang ni
jangan salahkn aku
jika aku tk memilih yg itu
kerana kau yg pinta jd begitu...

Sunday, March 7, 2010

adakah hidup diwarnai dengan kekejaman?
adakah hidup harus disaluputi kehitaman?
adakah hidup harus dibanjiri ketakutan..?
mungkin ini ada lah satu titik kepada kebahagiaan....

mengapa ini...

saat aku meronta,
saat aku melihat ke mata,
saat aku merasainya,
aku tahu,ia nya bersifat sementara
dan aku tahu ia nya takkn lama..

puas utk aku pujuk,
puas utk aku meraih hatiku,
agar tidak menangis di dalam kegelapan yg dicipta olehmu..

setiap hari,
setiap ketika,
aku tunggukan sesuatu yag lebih sempurna dari semalam,
aku tunggu kejutan darimu,
aku tunggu dan aku tunggu,
akhirnya kau tau muncul-muncul tiba..

apa salah aku,
apa dosa aku,
yg terbaik aku lakari,
aku cuba jadikan yg terbaik utk kau lihati,
disaat aku mengubah hidupku,disaat itu kau hilang
dari pandangan mata hatiku..

mengapa ini akhirnya,
mengapa ini yg aku terpaksa terima,
mengapa ini yg kau berikan pada ku
ketika aku merasakannya??