Monday, February 23, 2009

Perasaan dan jiwa

Hatiku berdegup laju,
Selaju cahaya yang merentasi
sinar dunia...

Aku pasti tiada apa yang dapat membezakan,
Apa yang aku fikir dan
Apa yang aku rasa

Ketika ini....
Jika aku menemui jawapannya,
Kekecewaan mungkin akan
Singgah di dalam hidupku,
Pintaku,
Ianya tidakkan berlaku
Seperti ku fikirkan...

Ku janji akan aku berikan
Impianmu menjadi satu kenyataan,
Dalam hidup dan perasaanmu
Keraguan semalam,
Adalah kehidupan ku kelmarin,
Menjadi persoalan dalam hidupku ini,
Kabus yang menyapa tubuhku,
Adalah umpama kesenangan
Yang aku inginkan...

Kepanasan matahari umpama
Kemuraman dalam hidupku,
Ku minta agar ianya tidak
Berlalu dalam hidupku,

Bukan mudah untuk merasa kabus,
Kerana kabus hanya
Mampu menyapa acapkali
Aku mengatur langkah keluar jendela....
Ku ingin tahu apa yang kau fikirkan,
Ku mahu apa yang kau rasa ku rasakan,
Ku mahu apa yang kau inginkan,
Aku gapaikan..

Sesungguhnya ,
Aku sentiasa memberi apa
Yang diinginkan dan diharapkanUntuk dirimu..

Jika ITU...

Jika itu yang harus aku lalui
jalan yang paling pahit harus aku tempuhi,
aku akan lalui ianya walaupun getir,
aku tetap langkahkan juga..

Jika itu pilihan mu,
Jika itu kehendakmu,
aku menerimanya..bukan aku tidak suka,
bukan aku tidak menghargainya,
Tapi hati aku sentiasa berkata
"sampai bila aku harus disakiti oleh dia"
"sampai bila?????"
"sampai bila?????"
hatiku perlu berdusta,
untuk diriku yg kenal erti cinta...

Jika itu kata-katanya,
Jika itu layanannya,
Siapa yang mampu untuk bertahan?
aku,dia atau mereka..?

aku katakan ya,aku mampu bertahan
aku katakan ya atas segala kelakuaan,
aku telan segala kepahitan,
tapi sampai bila ianya berlarutan?

Jika itu yang kau mahu,
Jika itu yang kau minta,
kau ingin memandang arah yang berbeza dr pandanganku,
aku merimanya,kerna itu adalah pilihanmu,
aku percaya,jika itu yang berlaku..
kau bukan insan impian jelmaanku ,
yang mampu melindungi diri ku..

Jika itu berlaku..
itu adalah pilihanmu........

Pungguk itu..

Pungguk itu,
Pungguk aku..

Pungguk itu,
Milik aku..

Pungguk itu,
Pujaan aku..

tapi dimanakah pungguk sebenarku..
pungguk,kau katakan pada aku..
adakah kau pungguk ku,

jika tidak,
kau terbanglah dan jangan kau kacau hidup aku,

pergi...
pergi...
pergi...

jangan kau kembali
walaupun aku ada disini
dan aku tidak mahu melihat
pungguk itu lagi..

tidak...
tidak...
jika kau bukan pungguk itu..

jangan biarkan aku tertanya-tanya,
dan jangan biarkan aku berfikir tentang pungguk itu,
tentang perasaan aku yang belum pasti adanya pada
pungguk itu..

Terbanglah engkau wahai si pungguk,
jika kau tahu apa yang kau rasa,apa yang kau inginkan...
tidak ada pada diri aku...

Hati

Hey hati,
Mengapa kau berdiam diri,
bila terluka kau merintih tanpa henti..

Hey hati,
adakah kau tidak bernyawa,
apabila kau disakiti dengan hati yang tak berhati,
dan kau hanya pendam dan memerhati,
setiap kesakitan ,kesedihan untuk kau tatapi..

Hey manusia...
Hey manusia...

Kamu yang bermata dua,bertangan dua,
akal pikiran ada,mengapa kau meletakkan aku disini,
Sakit ,kecewa ,pedih yang tak terkata..
kau yang perlu menjawabnya!!!!

Adakah salah aku menjadi hati?
Hati pada orang yang memiliki,
perasaan yang dianugerahkan oleh Illahi
untuk dirasai dan diterokai....

Hey hati...
Hey hati...

Berkatalah engkau wahai hati,
apa yang kau nak untuk bebaskan luka ?
apa yang kau nak untuk musnahkan sengsara?
apa yang kau nak untuk rasa tenang selama-lamanya?

Hey hati,
bagi tahu aku ...
bagi tahu aku ...
apa yang kau inginkan....

Cahaya*Sinar

Ada cahaya yang bersinar...
Mampu menerangi kehidupan yang gelap,
Adakalanya kita lupa,sinaran yang terang mampu
mengelapkan kehidupan dalam sekelip mata
Tapi,bagaimana untuk kita kenali sinaran itu,
Sedangkan kita masih samar-samar dalam mengenali diri dan perjalanan hidup ini..

Tapi adakah adil,
Jika sinar itu,mampu mempermainkan penglihatan?
Nampak bercahaya tapi pada dasarnya gelap gelita..
Siapa kita untuk menilaikannya kerna kita
hanya mampu untuk melihat pada mata kasar
dan kita tidak mampu untuk merungkaikan yang tersirat
disebalik cahaya yang menerangi diri pada saat dan ketika ini...

Jika cahaya itu menipu diri,
menyilaukan diri,lalu kau harus tabah untuk menghadapi
segala kemungkinan disebalik terangnya cahaya yang kau miliki...

Semua inginkan cahaya yang bersinar selama-lamanya,
tapi tidak semua akn menjadi dan akn menerangi setiap saat dan ketika,
cahaya itu juga mampu menyakitkan mata,
sehinggakan menitiskan titisan-titisan penyesalan dan persoalan
mengapa ia harus terjadi dan persoalan akan sentiasa bermain dalam diri....