Monday, February 23, 2009

Jika ITU...

Jika itu yang harus aku lalui
jalan yang paling pahit harus aku tempuhi,
aku akan lalui ianya walaupun getir,
aku tetap langkahkan juga..

Jika itu pilihan mu,
Jika itu kehendakmu,
aku menerimanya..bukan aku tidak suka,
bukan aku tidak menghargainya,
Tapi hati aku sentiasa berkata
"sampai bila aku harus disakiti oleh dia"
"sampai bila?????"
"sampai bila?????"
hatiku perlu berdusta,
untuk diriku yg kenal erti cinta...

Jika itu kata-katanya,
Jika itu layanannya,
Siapa yang mampu untuk bertahan?
aku,dia atau mereka..?

aku katakan ya,aku mampu bertahan
aku katakan ya atas segala kelakuaan,
aku telan segala kepahitan,
tapi sampai bila ianya berlarutan?

Jika itu yang kau mahu,
Jika itu yang kau minta,
kau ingin memandang arah yang berbeza dr pandanganku,
aku merimanya,kerna itu adalah pilihanmu,
aku percaya,jika itu yang berlaku..
kau bukan insan impian jelmaanku ,
yang mampu melindungi diri ku..

Jika itu berlaku..
itu adalah pilihanmu........

No comments:

Post a Comment