Wednesday, February 25, 2009

langkah...

langkah pertama,
lihat dia..

langkah kedua,
menerima dia..

langkah ketiga,
menerima bahagia..

langkah keempat,
haiii gembira tak terkata..

langkah kelima,
sunyi pula yang tiba..

langkah keenam,
menangis tak henti-henti..

langkah ketujuh,
semaikan dalam hati
kuat menghadapi..

langkah kelapan,
cuba luputkan kenangan yang lama..

langkah kesembilan,
bina kehidupan baru seadanya,

langkah kesepuluh,
hidup seperti biasa..

itulah lumrah hidup kita,
berputar dan terus berputar,
tanpa ada akhirnya,
selagi kita bernafas,
langkah lah selagi yang termampu..

berapa banyak kali kita menyusun langkah,
tak semuanya akan berlalu dengan begitu mudah,
cabaran,kesakitan,kegembiraan akan dapat kita
lihat disetiap perjalanan yang kita aturkan...

apapun jawapan dan apapun kenangan,
itulah corak dan perjalanan yang paling indah untuk
kita tidak lupakan kerna ia adalah satu titik permulaan,
yang mana akan diakhiri dengan satu perkataan,
iaitu KEMATIAN...

bunga kumbang mentari dan pemerhati...

bunga...
cantiknya bunga itu,
wanginya bunga itu,
wahai bunga kau jangan kuncup lagi,
mekarlah sentiasa,
aku suka melihat kau wahai bunga..

kumbang,
kau temanilah bunga,
jangan biarkan bunga bersendiri,
kau hinggap lah pada bunga,
hari-hari pada bunga yang sama
supaya bunga tidak layu melihat kau pergi

wahai mentari,
kau bersinarlah,
agar kumbang dapat bersama-sama bunga
yang segar dan cantik sentiasa..

wahai insan yang memerhati,
kalau kau diberi peluang,
adakah kau ingin menjadi
bunga ? kumbang ?
mentari ataupun hanya
sebagai pemerhati???

sakit...

Kau mengejarku,
kau menginginkan aku,
aku berlari aku merentasi ,
segala apa yang ada untuk tidak disakiti...

kau menjelma lagi,
memujuk aku untuk kau miliki,
hari demi hari,
kau berjaya menawan hati ini..

kau yang memulakannya,
lantas kau juga yang menghancurkannya,
kau bilang " tiada apa-apa yang terjadi"
tapi aku katakan "tidak" kerna aku yang lalui..

Kau berjanji dan berkata-kata,
banyaknya hanya sia-sia,
kecewa memang kecewa,
kau menjualkan perasaan seperti satu permainan..

hairan......

itu adalah kamu...

aturkan langkah kamu,
teruskan melangkah tanpa rasa ragu-ragu,
apepun keadaan kamu,
jangan rasa jemu untuk melihat diri kamu,
kerna itu adalah kamu..

toleh kebelakang ,
lihat sejarah hitam kamu,
padam kan ia agar tidak menggangu,
perjalanan masa depan kamu
agar ia lebih sempurna bila kamu mengatur langkah
yang berikutnya..

kamu,
kamu,
dan kamu....

hey teruskan dengan larianmu,
bila penat berhenti seketika,
tarik nafas dan teruskan larianmu,
hinggalah sampai ketempat destinasimu..

gagal atau pn berjaya,
hanya kamu yang mencorakknnya..

Bila orang berkata,
"Hey,bodoh kamu"
Bengapnya kamu"
Hodoh nya kamu"
Jangan amik pusing smua tu,
kerna diri mereka juga
seperti apa yang mereka kata..