Tuesday, March 17, 2009

Topeng dan manusia

Topeng dan manusia?Apa yang korang tahu kaitan antara topeng dan manusia?Sedar atau pun tidak kawan2,smua org harini perlu bertopeng untuk menjalani kehidupan seharian.Tak kiralah topeng itu utk kejahatan atau kebaikan.Terpulang pade individu.Seperti sajak aku dibawah,hidup ni bagaikan pementasan yang tiada henti dan tiada penamat selagi kita tidak menjumpai perkataan MATI..Manusia boleh berubah,berubah sepertimana topeng dimuka nya berubah.Kadangkala perubahan itu yang menyakitkan kita sebagai org yang memerhati dan disakiti.Tapi pernah tk kita fikir ,knapa dia berubah seperti itu lalu menanggalkan topeng yang pernah kita kenali dlu?Mesti ade sebab kan?Mengapa aku kata smua org perlu bertopeng?adakalanya manusia hari ini,tk boleh menerima hakikat keadaan dn situsi seseorg yang penuh dengan kisah hitam dlm hidupnya.Contoh hari ni,adakah masyarakat di luar sana mampu berkawan rapat dan menghargai mereka yang pernh duduk terpelusuk di bilik gelap yang bernama lokap?pernah kah manusia hari ini memberi peluang pada perempuan yang dulunya berjalan ke lorong2 gelap mengabdikan diri dalam kegelapan malam pade setiap ruang yang ade si lelaki disetiap langkahnya?pernahkah kamu dan kamu dan juga kamu memandang mereka seperti kamu?sebab itulh,mereka perlukan topeng itu untk menjalani kehidupan mereka seperti biasa.Tidak semua manusia arini sukakan kebenaran,sukakan keadilan dan sukakan kenyataan,itu namanya lumrah hidup di atas pentas rekaan yang dicipta oleh manusia itu sendiri.Jadi kita nilaikan,adakah topeng yang kita pakai hari ni berlandaskan topeng kebaikan atau kejahatan?

hari ni anda pilih,topeng apakah yng anda ingin pakai?


1 comment:

  1. macam sambut halloween day jer.....

    ReplyDelete