Tuesday, February 24, 2009

dia...

dia..
datangnya dia bagaikan tak dijangka,
hilang seketika, timbul mendekatinya
siapakah dia?

datangnya dia memecah gelap gelita,
suram menjadi ceria,
sunyi menjadi riang gembira,
rasa dihargai dan dipuja..

dia,
satu perasaan diberikan,
satu ungkapan yang dibibitkan,
satu rasa dikaliskan,
dalam hati dan naluri disemaikan,
menjadi satu golakan dalam perasaan
tanpa diduga ia menyinggah ke dalam jiwa
iaitu perasaan yang tidak dijangka..

tiba-tiba ,
dia hilang lagi dalam pandangan mata,
kecewa,sakit,luka bersemadi jua dalam
hati yang pernah merasa gembira...

lalu dia ,
menguriskan rasa,
bagaikan tidak ada apa-apa,
sunyi senyap tanpa bicara,
berlalu pergi sehingga kini,
tidak muncul-muncul tiba..

tabahnya hati,
teruskan melangkah tanpa henti,
walaupun hati disakiti,
airmata berlenang tanpa henti,
senyum lah ...
senyum lah ...
kerna senyuman itu mampu mengubati
lukanya dalam hati..

dia,
kau berbicaralah
dan letakkn diri kau pada diri yang disakiti
percayalah,
mungkin terangnya hari ini,
takkan seterang esok hari..

dan ketika itu,
kau akn tahu bertapa sakitnya,
bila menerima janji-janji palsu,
apabila tertanamnya perasaan sayang itu,
pada diriku lalu dibunuh dengan lakonan dirimu..

No comments:

Post a Comment