Monday, June 29, 2009

1 Pengajaran,1 Pedoma....

Hari ini aku sebak mendengar melihat perjalanan kehidupan orang yang selama ini aku fikirkan sentiasa gembira dengan kekayaan yang dimiliki olehnya.Di sebalik kejayaan dan senyuman dilakarkan,tersimpan 1001 cerita duka dalam perjalan kisah hidupnya.Benar kata orang,disebalik kejayaan,akan ada satu dorangan kepayahan yang menolak diri seseorang untuk lebih maju dan menjadi lebih tabah dari diri orang lain.Itu lah realiti sebenarnya.Nampak mudah untuk melalui kekayaan bila sampai ditahap seperti nya,tapi kesusahannya,Ya Allah hanya tuhan sahaja yang tau.

Anak kecil yang berusia ketika itu 6 tahun,sepatutnya menjalani kehidupan seperti anak-anak kecil yang lain,bermain,bergembira,cukup segala-galanya.Ingin makan apa tersedia didepan mata.Tetapi anak kecil ini,tiada apa-apa,daif.Makan ibarata kais pagi makan pagi kais malam belum tentu lagi.Rumah terletak jauh dari pandangan orang lain,berbatu-batu dari pekan.Satu hari si ibu berhajat ingin mengembira hati anak,bawa anak ke pekan.Kerana kedaifan,ibu dan anak kecil itu berjalan sejauh 6 batu tanpa memakai sepatu.Berjalan dan terus berjalan.Sapai di satu runagan,terlihat ramai orang sedang sibuk memilih pakaian dan kasut.Anak kecil tadi memnadang kanan,dan memandang kiri.Melihat keletah orang diskelilingnya lalu anak kecil itu menangis.Ibunya kehairanan,lalu bertanya "Nak,mengapa menangis??" anak kecil itu terus menangis dan terus menangis tanpa menjawab soalan ibunya itu. Ibunya menarik tangan anak kecil itu,duduk ditepi jalan.Lalu anak kecil itu bersuara "Mengapa orang lain ada kasut,mengapa kita tak ada kasut??". Lalu ibu memeluk anak kecil tu,sebak hati ibu hanya tuhan sahaja tahu,kemiskinan hidupnya dipersoalkan oleh anak kecil itu.Anak kecil itu terus menangis dan terus menangis.Sambil melihat kaki yang melecit.

Tiba-tiba anak kecil itu berhenti menangis,melihat seseorang yang berjalan ditepinya.Sehinggakan orang itu hilang dari pandangan mata.Lalu si ibu berkata kepada anaknya " Jangan menangis sayang,kamu cuma tiada kasut untuk berjalan,Cuba tengok orang tu,dia tiada kaki".

Sejak dari kejadian itu,anak kecil itu tak pernah merungut dengan kesusahan yang di lalui.Dan kini anak kecik yang pernah menangis tidak ada kasut,kini berjaya menjadi JUTAWAN.itulah dia AMIR HAMZAH @ Nd LALA.

Bagi aku,dia sorang insan yang tabah menghadapi hidup dan tak jemu-jemu mengajar orang disekelilingnya kenal erti hidup dan hargai hidup yang kita miliki hari ini.Baru aku tahu dan batu aku sedar,walaupun kita lihat hidup ini mudah tapi tak semua benda yang kita boleh pandang ringan kerana 1 hari nanti kita akn menyesal apabila tidak mengunakan kesempatan yang ada,untuk membalas jasa terutama ibu dan ayah kita.Selagi kita dipinjam usia,selagi kita bernyawa,kita masih ada masa untuk mengubah kekurangan yang ada untuk capai ketahap atau ke zone selesa.Terima Kasih Abang Nd kerana banyak membei jalan dan tunjuk ajar padaku,kenal erti hidup dan sentiasa menghargai peluang yang ada untuk terus maju dan teus maju ke arah yang diinginkan agar tiada istilah kesusahan dalam hidup akan datang.

No comments:

Post a Comment